CITA-CITA KITA YANG TIDAK PERNAH MENJADI
Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun. Apakah
bidang yang mereka terokai itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5
daripada 10 orang mereka yang ditanya itu akan mengiakan dengan yakin dan bangga.
Mereka ini akan berkata, ‘ya’ inilah bidang yang mereka ingin ceburi.
Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun.
Apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya
percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka
sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.
Tanyalah mereka yang lebih30 tahun di sekeliling anda.
Jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan
dapati, bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang
dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang
menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impikan?
Jawapan yang jujur tentulah ‘tidak’!
Baiklah, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai
dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali
andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita
sejak kecil untuk menjadi arkitek dan
dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, ijazah, master dan
peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek,
tanyalah pada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu
meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!
Mengapa terjadi begini? Mengapa cita-cita yang diingini
beralih arah, seiring waktu berganjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai
hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya Dia berkuasa terhadap apa
sahaja?
Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalahdan
gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik saja kita berasa Berjaya memperoleh
sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan,
apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.
Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita berasa, kitalah
yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus
berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap
kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of our own destiny, lalu melupakan
kesemuanya adalah di dalam genggamanNya.
Justeru itu, janganlah terlalu berbangga bila memperoleh apa
yang diimpikan. Jangan pula meraung sakan seandainya apa yang dicita-citakan
tidak dapat digapai. Segala-galanya adalah hak Pencipta seluruh alam ini.
Sumber : Maaf Cakap - Norden Mohamad (Buku Motivasi)
No comments:
Post a Comment